Showing posts with label LIFE. Show all posts
Showing posts with label LIFE. Show all posts

Tuesday, October 24

Setahun Sudah Berlalu....

Cik Hani | 11:34 | 0Comments |

Alhamdulillah... dah setahun berkahwin...
macam baru semalam kita hiup berdua...
sekarang kita dah ada cahaya mata.

"Muhammad Zawir Bin Zulkamal"

Husband yang beri nama ni.
maksudnya?
cuba google. hehehe,

Pelabagai dugaan yang telah kita lalui bersama..
harap sangat kita kuat menghadapi ujian yang bakal mendatang..
sebagai seorang isteri, dah tentu mengharapkan ikatan perkahwinan
kekal sampai syurga... tapi, kita sebagai manusia,
dan Allah yang menentukan segalanya..

Apapun, sayang akui, sayang bahagia selama bersama dengan abang..
Terima kasih atas kebahagiaan yang di restui Tuhan ini..

Husband, sampai akhir hayat sayang...
you are only one... :)

Ikhlas,
your wifey.
-norhanifahzainalabidin-


S-E-M-O-G-A

Cik Hani | 11:21 | 0Comments |


Semoga Tuhan sembuhkan luka kita.
semoga Allah bahagiakan kita,
dengan apa-apa yang membuat orang-orang yang kita sayang, bahagia.
walau bahagia mereka itu bukan dengan kita.
tapi kerana kita mahu,
bahagia mereka itu jadi keutamaan kita, 
dan kerana kita mahu, bahagia mereka jadi hal yang juga membahagiakan kita.




Saturday, February 7

Memaafkan..

Cik Hani | 15:15 | 0Comments |

Sungguh,
Memaafkan itu sangat susah!
Apalagi melupakan tidak semudah dengan maaf.
Tapi,
Harga sebuah ketenangan tiada terbanding dengan apapun!
Kerana itu aku belajar untuk mudah memaafkan!
Kerana aku ada Tuhan.
Kerana keadilanku disisi Tuhan,
Kerana rasa tenang yang hadir dari kemaafan,
dan keredhaan yang ku damba dariNya,
Lebih bererti dari mahalnya sebuah kemaafan!
Jauh lebih bermakna dari ego sebagai hamba.

Aku maafkan orang yang dah buat salah dengan aku.
Tapi, aku tak mampu nak luahkan lagi..
Hati ni dah tak rasa apa-apa..
Makin tawar.....
Biarlah aku berdiam diri...
Aku pun ada hati dan perasaan juga...


Yang Ikhlas,
CikHani

Untuk Setiap Yang Pergi Dari Kita.

Cik Hani | 14:45 | 0Comments |



Untuk setiap yang pergi dari kita.
Yang hilang dari genggam erat tangan kita.
Tak kira apa saja.
Baik harta atau manusia.

Tanam dalam hati.
Yang Tuhan akan ganti semuanya nanti.
Dengan yang lebih baik lagi.
Yang terbaik buat diri.

Dan yang terbaik itu.
Bukan menurut apa yang kita mahu.
Tapi ketentuan itu.
Yang menjadikan kita insan yang lebih baik dari yang dulu.


Bila kita rasa, bila manusia lain rasa...

Cik Hani | 11:47 | 0Comments |



entahlah.
kadang terluka juga dengan mulut manusia.

tak pernah belajar menjaga hati tak apa.
tapi sering kali juga tak mahu menjaga bicara.
lantang katanya,
“sensitif sungguh, sikit-sikit terasa.”


tapi, jujur dan yang anehnya.
bila tertimpa mereka,
merasa apa yang kita rasa.
wajahnya kelat bibirnya muncung juga.


itulah,
bila kita rasa apa yang manusia lain rasa,
barulah kita tahu dan tersedar agaknya,
ada yang salah dan tak tak kena tentang cara kita memperlakukan mereka


Wednesday, February 4

Hurm..

Cik Hani | 11:52 | 0Comments |




And I am feeling so small
It was over my head
I know nothing at all
And I will stumble and fall
I’m still learning to love
Just starting to crawl
Say something, I’m giving up on you
I’m sorry that I couldn’t get to you
Anywhere I would’ve followed you
Say something, I’m giving up on you…

CIKHANI


Dear Hati...

Cik Hani | 10:40 | 0Comments |
Hati.
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum,
atau aku kecewa denganmu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kau kalah. Salah aku ke?
Kagum, kerana kau masih mampu berfungsi dengan baik.
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.
Rebah, tersungkur. Semua kau tempuh!

Hati,
Kau tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu , aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu, turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bererti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kau harus aku jaga baik-baik.
Kau tahu itu bukan?

Hati,
Usah bersedih kala rasamu itu tidak aku tunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kau dan aku.
Semestinya bukan aku.
Tapi DIA. DIA adalah Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada DIA ya?
Bukankah DIA sebaik baik penjaga?
Yakin , itu kuncinya......

CIKHANI


Sunday, February 1

Ini Kisah Aku

Cik Hani | 19:30 | 0Comments |


Setiap orang ada kisah tersendiri. Pahit atau manis hanya mereka 
yang merasai, Kadang mereka luahkan, kadang mereka lebih suka memendam.


Sebab itu bila kita tengok mereka senyum tapi dalam hati mereka 
tersirat seribu kesedihan yang mereka cuba pendamkan sendirian.

Ya, itu aku....