Showing posts with label LIFE. Show all posts
Showing posts with label LIFE. Show all posts

Tuesday, October 24

Setahun Sudah Berlalu....

Cik Hani | 11:34 | 0Comments |

Alhamdulillah... dah setahun berkahwin...
macam baru semalam kita hiup berdua...
sekarang kita dah ada cahaya mata.

"Muhammad Zawir Bin Zulkamal"

Husband yang beri nama ni.
maksudnya?
cuba google. hehehe,

Pelabagai dugaan yang telah kita lalui bersama..
harap sangat kita kuat menghadapi ujian yang bakal mendatang..
sebagai seorang isteri, dah tentu mengharapkan ikatan perkahwinan
kekal sampai syurga... tapi, kita sebagai manusia,
dan Allah yang menentukan segalanya..

Apapun, sayang akui, sayang bahagia selama bersama dengan abang..
Terima kasih atas kebahagiaan yang di restui Tuhan ini..

Husband, sampai akhir hayat sayang...
you are only one... :)

Ikhlas,
your wifey.
-norhanifahzainalabidin-


S-E-M-O-G-A

Cik Hani | 11:21 | 0Comments |


Semoga Tuhan sembuhkan luka kita.
semoga Allah bahagiakan kita,
dengan apa-apa yang membuat orang-orang yang kita sayang, bahagia.
walau bahagia mereka itu bukan dengan kita.
tapi kerana kita mahu,
bahagia mereka itu jadi keutamaan kita, 
dan kerana kita mahu, bahagia mereka jadi hal yang juga membahagiakan kita.




Saturday, February 7

Memaafkan..

Cik Hani | 15:15 | 0Comments |

Sungguh,
Memaafkan itu sangat susah!
Apalagi melupakan tidak semudah dengan maaf.
Tapi,
Harga sebuah ketenangan tiada terbanding dengan apapun!
Kerana itu aku belajar untuk mudah memaafkan!
Kerana aku ada Tuhan.
Kerana keadilanku disisi Tuhan,
Kerana rasa tenang yang hadir dari kemaafan,
dan keredhaan yang ku damba dariNya,
Lebih bererti dari mahalnya sebuah kemaafan!
Jauh lebih bermakna dari ego sebagai hamba.

Aku maafkan orang yang dah buat salah dengan aku.
Tapi, aku tak mampu nak luahkan lagi..
Hati ni dah tak rasa apa-apa..
Makin tawar.....
Biarlah aku berdiam diri...
Aku pun ada hati dan perasaan juga...


Yang Ikhlas,
CikHani

Untuk Setiap Yang Pergi Dari Kita.

Cik Hani | 14:45 | 0Comments |



Untuk setiap yang pergi dari kita.
Yang hilang dari genggam erat tangan kita.
Tak kira apa saja.
Baik harta atau manusia.

Tanam dalam hati.
Yang Tuhan akan ganti semuanya nanti.
Dengan yang lebih baik lagi.
Yang terbaik buat diri.

Dan yang terbaik itu.
Bukan menurut apa yang kita mahu.
Tapi ketentuan itu.
Yang menjadikan kita insan yang lebih baik dari yang dulu.


Bila kita rasa, bila manusia lain rasa...

Cik Hani | 11:47 | 0Comments |



entahlah.
kadang terluka juga dengan mulut manusia.

tak pernah belajar menjaga hati tak apa.
tapi sering kali juga tak mahu menjaga bicara.
lantang katanya,
“sensitif sungguh, sikit-sikit terasa.”


tapi, jujur dan yang anehnya.
bila tertimpa mereka,
merasa apa yang kita rasa.
wajahnya kelat bibirnya muncung juga.


itulah,
bila kita rasa apa yang manusia lain rasa,
barulah kita tahu dan tersedar agaknya,
ada yang salah dan tak tak kena tentang cara kita memperlakukan mereka


Wednesday, February 4

Hurm..

Cik Hani | 11:52 | 0Comments |




And I am feeling so small
It was over my head
I know nothing at all
And I will stumble and fall
I’m still learning to love
Just starting to crawl
Say something, I’m giving up on you
I’m sorry that I couldn’t get to you
Anywhere I would’ve followed you
Say something, I’m giving up on you…

CIKHANI


Dear Hati...

Cik Hani | 10:40 | 0Comments |
Hati.
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum,
atau aku kecewa denganmu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kau kalah. Salah aku ke?
Kagum, kerana kau masih mampu berfungsi dengan baik.
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.
Rebah, tersungkur. Semua kau tempuh!

Hati,
Kau tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu , aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu, turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bererti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kau harus aku jaga baik-baik.
Kau tahu itu bukan?

Hati,
Usah bersedih kala rasamu itu tidak aku tunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kau dan aku.
Semestinya bukan aku.
Tapi DIA. DIA adalah Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada DIA ya?
Bukankah DIA sebaik baik penjaga?
Yakin , itu kuncinya......

CIKHANI


Sunday, February 1

Ini Kisah Aku

Cik Hani | 19:30 | 0Comments |


Setiap orang ada kisah tersendiri. Pahit atau manis hanya mereka 
yang merasai, Kadang mereka luahkan, kadang mereka lebih suka memendam.


Sebab itu bila kita tengok mereka senyum tapi dalam hati mereka 
tersirat seribu kesedihan yang mereka cuba pendamkan sendirian.

Ya, itu aku....

Saturday, January 31

Ingatlah Kita Bersama...

Cik Hani | 00:15 | 0Comments |

✿ JASA harus DIINGATI,
✿ DIRI harus DIPERBAIKI,
✿ IMAN harus DIPERTINGKATKAN LAGI,
✿ MARAH harus DIJAUHI,
✿ KEBAIKAN harus DITAMBAHI,
✿ KEBURUKAN harus DIKURANGI,
✿ KEHIDUPAN harus DIJALANI,
✿ KESILAPAN harus DIBELAJARI,
✿ ILMU harus DICARI,
✿ UJIAN harus DITEMPUHI…(^_^).. 

Janji Allah Itu Pasti.


Friday, January 30

7 SUNNAH NABI

Cik Hani | 20:24 | 0Comments |


Mulai sekarang mari kita sama sama sibukkan diri untuk mencari jalan ke syurga. Bersedia semua! tapi lihat kanan kiri dulu .
Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

HANYA KAMU : TAUFIK BATISAH :

Cik Hani | 20:19 | 0Comments |
Bila dengar lagu ni, memang teringat kat dia je...
rasa nak nangis pun ada juga...
yela, rindukan... tapi nak buat macam mana..
belum ada rezeki nak bertemu.....

Jom la korang, pasang lagu tu sama-sama...
Lagu2 taufik batisah memang aku minat gile...
Lagi2 lagu ni.. ;)


Cintamu indah
Erti bahagia
Cintamu menemaniku di setiap langkah jalan hidupku
Cintamu syurga
Sungguh luar biasa
Cintamu yang pertama dan yang terakhir
Ia segalanya

Aku berjanji akan menjaga dirimu hingga ke hujung hembusan nafasmu
Takkan pernah ku mengabaikanmu
Biar waktu ubah dunia
Namun cintaku semakin membakar
Untuk kamu yang mampu melengkapkan hidupku

Cintamu indah
Sungguh luar biasa
Cintamu yang pertama dan yang terakhir
Ia segalanya

Sekiranya aku yang pergi dulu
Dengarlah lagu ini menjadi teman hidupmu
Cintaku takkan rapuh
Hanya milikmu

Hanya kamu yang melengkapkan hidupku…



Thursday, January 29

Bila...

Cik Hani | 21:03 | 0Comments |

Bila kita mula untuk berubah
Bila kita cuba untuk berubah
Bila kita sedang berubah
Bila kita dalam perubahan.

Akan ada manusia yang cuba mencari mengorek zaman kelam kita.
Akan ada yang cuba mengungkit waktu jahil kita.
Alhamdulillah. :)

Mereka itu ujian yang Allah hantar untuk menguatkan kita.
Jangan berputus asa
Jangan lemah
Jangan kita peduli.

Kerana mereka mungkin mencemburui penghijrahan kita.
Jika kita tak mampu menjadi asbab untuk orang lain berhijrah,
Jangan pula kita menjadi asbab untuk orang lain kembali jahil.
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.

Sendiri Itu..

Cik Hani | 20:58 | 0Comments |
Duduk sendiri.
Menyepi. 
Ibarat hidup dalam dunia seorang diri.

Kadang, 
Ada masanya,
Hati ini perlu menyendiri. 
Jauh dari duniawi.

Sendiri itu.
Ada waktunya terasa sakit.
Ada waktunya terasa manis.
Tapi percayalah.
Tiada yang sia,
Tiada yang sunyi. 
Bila dalam hati, Allah sentiasa ada.




Terima Kasih Sayang...

Cik Hani | 15:30 | 4Comments |
Nak story kisah pagi tadi ni.. hehe..
rasa happy sangat lah tengok incik abang ni mention nama den kat FB dia.
mau tak happy? happy gile kot.. haha. beberapa baris ayat dia. buat aku tersenyum.

Termenung sekejap. ingatkan dia. dah lama tak jumpa.
dia terlalu sibuk dengan kerja. aku okay je. 
kalau dulu memang bising jela, sebab tak dapat jumpa.
sekarang? alhamdulillah.. sikit demi sikit.. aku mula terima "kesibukkan" dia.

Tersenyum pula ingatkan semua memori dengan dia. terima kasih. atas kata-kata ni.
bermakna sangat-sangat. selagi kita masih bersama, den cuba memahami
segala rutin harian & kerja sayang ye. 

Kalau bukan aku yang perlu ada dengan dia, siapa lagi kan?
aku sentiasa sokong apa yang dia buat. apa saja.
semuanya 'lampu hijau'. macam tula aku nak dia buat pada aku.
apa yang aku buat, aku harap dia pun ada sama. support aku.

Nak bersama buat masa yang panjang,
perlu banyak bersabar dan perlu memahami pasangan.
itulah pesanan abah tersayang pada aku.
jadi aku banyak juga belajar mengawal perasaan aku.

Dulu kadang-kadang ada masa mesti ada salah faham antara hubungan kiteorang.
miss communication tu.. selalu terjadi..
sekarang... rasanya dah takde.. hehehe...
cuba perbaiki diri sendiri.. hee

Terima kasih sayang.. 
semoga Allah mempermudahkan segala urusan sayang..
semoga segala apa yang kita rancang berjalan lancar...
aminn..



ERTI CINTA

Cik Hani | 01:11 | 0Comments |


Sebahagian lelaki berkata :

Wanita itu terlalu minta dimanja.
Wanita itu terlalu minta diperhatikan.
Wanita itu terlalu banyak mahunya.
Padahal..
Andai saja banyak lelaki tahu.
Bahwa anggapan itu tidaklah selalu benar.
Kerana sesungguhnya…
Masih banyak wanita masih mampu berdiri tegar.
Meski terkadang sering dikecewakan.
Masih banyak wanita masih mampu banyak diam.
Meski gejolak hati kadang tak tertahankan.
Masih banyak wanita masih mampu setia.
Meski terkadang pernah diduakan.
Ketika lelaki berusaha pergi dan menghindar.
Wanita masih mampu untuk bertahan.
Ketika lelaki datang kembali membawa keinginan.
Wanita masih mampu menerima dengan kedua tangan.
Meski wanita terkadang terlihat tidak peduli.
Meski Wanita terkadang terlihat mengacuhkan.
Tapi sesungguhnya jauh dilubuk hatinya yang paling dalam.
Wanita masih mampu berdoa dalam setiap sujudnya.
Berdoa dan berharap untuk yang terbaik bagi lelaki yang disayanginya.
Dan itulah sebenarnya yang ada dalam hati setiap wanita…

Wednesday, January 28

KAMU

Cik Hani | 15:33 | 0Comments |


Aku melihat dunia
Didalam isinya ada kamu
Aku memerhati bintang
Melihat sinarannya dimata kamu
Aku melihat depan
Membayangkan kamu mendepangkan dada menantiku
Aku melihat kamu
Menantikan aku yang pertama untuk kamu.







Nota Kaki: 

Selamat Hari Lahir, Sayang...
Semoga dirimu sentiasa di panjangkan umur,
Semoga dirimu sentiasa di limpahi rezeki.
Walaupun tak pernah sekali pun sayang beri respon setiap kali
ucapan di beri, takpe. tenang rasa hati setelah dapat mengucapkan pada sayang..
Maafkan diri ni, sebab tak mampu nak beri hadiah apatah lagi beri kejutan.




Yang Ikhlas,
Kesayangan, Pen-SweetTalker,
CIKHANI

Sunday, January 25

Promise Yourself

Cik Hani | 11:51 | 2Comments |


To be so strong that nothing
can disturb your peace of mind.
To talk health, happiness, and prosperity
to every person you meet.

To make all your friends feel
that there is something in them
To look at the sunny side of everything
and make your optimism come true.

To think only the best, to work only for the best,
and to expect only the best.
To be just as enthusiastic about the success of others
as you are about your own.

To forget the mistakes of the past
and press on to the greater achievements of the future.
To wear a cheerful countenance at all times
and give every living creature you meet a smile.

To give so much time to the improvement of yourself
that you have no time to criticize others.
To be too large for worry, too noble for anger, too strong for fear,
and too happy to permit the presence of trouble.

To think well of yourself and to proclaim this fact to the world,
not in loud words but great deeds.
To live in faith that the whole world is on your side
so long as you are true to the best that is in you.



Christian D. Larson, Your Forces and How to Use Them 

Saturday, January 24

RINDU

Cik Hani | 00:17 | 1Comments |

Kiri kanan pohon beringin,
Tengah-tengah pohon mengkudu;
Bila malam terasa dingin,
Hanya wajahmu yang aku rindu.


Tuesday, January 20

ALLAH ADA :)

Cik Hani | 23:20 | 0Comments |


  1. Kau tahu orang yang kuat tu macam mana?
  1. Bila ada orang menyayangi kau, kau mendoakan yang baik-baik untuk mereka,
  1. Bila ada orang yang menyakiti kau, kau mendoakan yang baik-baik untuk mereka,
  1. Bila ada orang yang berkata buruk tentang kau, aniaya kau, menfitnah kau dan kau tahu kau boleh benci dia, TAPI kau mendoakan yang baik-baik untuk mereka.
  1. Pujuk hati, 
  1. Ingat,
  1. Allah ada
  1. Allah tahu
  1. Allah lihat
  1. Allah mendengar rintihan hambaNya
  1. Allah sayang
  1. Allah hanya uji, sikit, sekejap saja
  1. Allah rindu hambaNya
  1. Jangan nangis, kesat airmata.
  1. Senyum.
  1. Jaga hati.
  1. Teruskan jadi baik.
  1. Takpe, biarkan mereka, janji Allah tahu.
  1. Ingat, mereka juga manusia, kerdil sama seperti kau.
  1. Ada silap, ada kekurangan, ada keburukan.
  1. Tapi tetap ada kebaikan, tetap ada kelebihan.
  1. Tabahlah, yang hanya layak untuk menghakimi adalah Allah. 
  1. Maafkan, maafkan, maafkan.
  1. Allah ada sayang, Allah ada.