Sunday, April 30

Mudahnya Book Flight Ticket Menggunakan TRAVELOKA !

Cik Hani | 09:26 | 0Comments |

ASSALAMMUALAIKUM...


Hai semua pembaca blog hani, apa khabar? di harap korang semua berada di dalam keadaan sihat dan ceria selalu bersama keluarga tersayang. Selamat berhujung minggu guys!

So, hari ni nak share sikit tentang TRAVELOKA. Pernah dengar tak application ni??




Okayy, siapa antara korang yang hobinya suka pergi travel ?Berapa kerap korang bercuti selalunya? seminggu sekali? 3 hari 2 malam? or sebulan?

Biasanya apa jenis kemudahan yang korang gunakan untuk pergi bercuti ya? adakah korang menaiki bas? atau kereta? atau naik flight? kalau macam hani, sudah tentu naik kapal terbang! Kapal terbang adalah satu teknologi yang berkembang dan dikomersialkan di seluruh pelusuk dunia!

Masih ingat tak dulu macam mana kita book tiket? Mesti kena ke airport dan pergi ke kaunter untuk membeli tiket kapal terbang, kan? atau mungkin korang akan menempah tiket menggunakan panggilan telefon. Betul kan? zaman sekarang masih ada lagi perkhidmata yang sebegitu. Tetapi dalam kesibukkan korang dalam mengisi hari seharian berkerja atau belajar atau terkejar ke sana, ke sini, bagi korang MASA ITU SANGAT PENTING! tak boleh lambat! semua kena selesaikan dengan cepat.

Nak book flight ticket hanya perlu  mendownload application ini ke handphone android milik korang atau di komputer milik korang. Tak kisah korang berada di mana sekalipun! Office? Library? Pusat membeli belah? atau di rumah....

Di TRAVELOKA pengalaman membeli tiket penerbangan berbeza sekali. Berbeza bukan sebab korang akan senang keliru dan sebagainya. Tetapi ia dapat menjimatkan masa dan dapat membuat perbandingan harga antara syarikat penerbangan di satu tempat sahaja.


Bunyinya macam menarik kan? tengokla websitenya pun sangat menarik perhatian hani! 
Sebelum ni, kita rasa sukar nak buat perbandingan , sebab kita perlu pergi ke website setiap syarikat penerbangan, itupun belum tentu ada flight yang akan membawa kita ke destinasi pada tarikh yang kita inginkan. Tetapi di Traveloka, korang taip sahaja "bila" dan "dimana" , mereka akan list down flight yang ada dari syarikat yang berbeza dengan harga yang dapat korang lihat. Korang pasti akan dapat cari harga paling murah!


Macam tak percaya je kan? haa kalau korang tak percaya, korang tengokla sendiri di website mereka. Klik saja pada link yang hani tinggalkan tu! Cuba try destinasi percutian yang korang nak pergi dan tarikh. Dah dapat? terus saja booking online di Traveloka :)

Caranya mudah sahaja, klik je website Traveloka, pilih pilihan bahasa yang korang mudah faham, dan klik pada bahagian flight. Pilih destinasi dan tarikh kemudian search flight. Oh ya, jangan lupa sertakan pilihan ke dudukan korang. Sama ada di class economy, business class or premium economy. Mengikut keselesaan korang. Kemudian list penerbangan akan keluar. Akhir sekali baru la buat bayaran secara online!

cara menempah
Bayaran secara online


Traveloka berkerjasama dengan beberapa buah syarikat penerbangan dan kebanyakkan info adalah tepat. Jangan risau kalau korang kena tipu, kerana traveloka mempunyai perkhidmatan pelanggan selama  24 jam dan mereka sangat profesional.

Senang travel sejak wujudnya website  Traveloka ini. Nak book hotel boleh, nak book tiket kapal terbang boleh, nak review tempat percutian paling best pun ada ! So, jangan jadikan alasan bila ahli keluarga korang, kawan-kawan atau bos di tempat kerja menyuruh atau meminta tolong korang untuk menmpah tiket penerbangan. Kerana dengan adanya Traveloka semuanya mudah!

Traveloka adalah salah satu permohonan aplikasi penyelesaian yang menjimatkan masa, mudah mendapatkan harga murah dan selamat. Semoga korang berpuas hati dengan apa yang website Traveloka sediakan pada korang ye! Cuba try, walau sekali!



Sampai sini saja perkongsian hani hari ni, nantikan hadiah Giveaway untuk bulan Mei ini ya! dah nak dekat! :) 





No comments:

Post a Comment