Sunday, August 21

MAAFKAN...

Cik Hani | 11:58 | 0Comments |
ASSALAMMUALAIKUM...



maafkan orang walaupun orang tak minta maaf. redha atas yang jadi dan ambil hikmah. henti dari berprasangka. inshaAllah boleh ubat hati.

kalau masih sakit hati? maafkan diri sendiri sebab terlalu lemah dan mudah sakit hati. maafkan orang lain sebab takda orang yang sempurna.

kalau rasa diri tak bersalah? itu ego. istighfar dan ingatlah manusia dijadikan dengan cacat cela. kita lemah kerana tak mampu kawal hati.

tak apa ke mengalah? tak apa. mengalah bukan lemah. mengalah bermakna kau kuat untuk runtuhkan ego sendiri.

sebab, apalah erti hidup kalau hanya untuk buat orang lain, terutamanya yang sayang kita, terluka. maafkanlah yang telah berlalu.

kalau tak mampu meminta maaf dan memaafkan? banyakkan berdoa. Tuhan lebih tahu apa yang ada dalam hatimu.

kalau masih juga tak tenang? teruskan maafkan diri sendiri, maafkan orang lain, dan berhenti merindu, berhenti mengenang.

memaafkan, redha, bersangka baik - dan serahkan semuanya kepada Tuhan.



No comments:

Post a Comment