Thursday, June 23

Buffet Ramadhan Steamboat Di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Cik Hani | 23:10 | 0Comments |

ASSALAMMUALAIKUM..

Hai semua, apakhabar? rasa macam dah lama hani tak update belog ni ek?
mana hani menghilang yek? hehe. teramat busy dengan work sekarang ni.
sampai tak ada masa nak update. korang rindu tak rasa-rasanya pada hani? hahaha.

Geng, hani nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK SEMUA! 

uit, kita kat sini tak rasa nak raya pun. masih mengharapkan bulan
 yang mulia ini berpanjangan. bukan apa, bulan ini la yang amat kita nantikan, sebagai umat islam. orang kata, inila bulan yang paling di rindui oleh kita. dan hani harap sempena bulan baik ni, kumpul lah pahala banyak-banyak. banyakkan hadir ke majlis ilmu. banyakkan mengaji al-quran. serta hani jua berharap masing masing dalam keadaan sihat dan bertenaga. mesti masing masing ni tengah prepare raya ni kan? haha. hani tak rasa nak raya pun. dengan keadaan nenek hani yang kurang sihat. tak teruja sangat nak menyambut hari raya.

Okay, bulan puasa ni korang ada prepare nak berbuka dekat luar tak? or ada rasa macam nak makan steamboat tak? mesti ada kan kan kan? di sini, hani nak share story morry tentang Buffet yang di sajikan di D'KAYANGAN GRILL & BARBEQUE STEAMBOAT yang terletak di alamat;
No.1, Sri Acappella Service Apartment, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.


D'kayangan Grill Bbq Steamboat menyediakan makanan yang berkonsepkan 3 dalam 1 iaitu Grill + Stimbot + BBQ secara buffet. Disini, hani senaraikan menu-menu istimewa pada bulan Ramadhan yang wajib korang makan di D'kayangan Grill BBQ Steamboat, selain daripada menu steamboat Grill yang sedia ada;

SPECIAL
-Kambing Panggang

MENU ISTIMEWA BUFFET RAMADHAN
-Nasi Briyani Gam
(di masak menggunakan beras basmathi bersama rempah briyani)
-Ayam Kampung Goreng Berempah
(Ayam kampung yang diperap bersama bahan bahan rempah asli yang dikisar dan diadun menjadi bahan perapan)
-Gulai Kawah Daging Cincang
(Daging yang di masak empuk didalam kawah bersama dengan rempah ratus yang terpilih!)
-Gulai Kawah Ayam
(Ayam dimasak dalam kawah bersama dengan rempah ratus yang terpilih)
-Sup Tulang
(Tulang lembu dan daging direbus sehingga empuk bersama dengan rempah sup yang terpilih dan dihidang bersama daun sup dan bawang goreng)
-Ikan Patin Masak Tempoyak
(Ikan patin segar yang dimasak bersama tempoyak asli)

ANTARA MENU SWEKER & BBQ ISTIMEWA
-Ayam Skewer berempah
-Ayam skewer kunyit
-Ayam skewer cilantro
-Daging skewer hitam manis
-Sotong skewer pedas cilantro
-Ikan dory skewer berempah 
-Udang skewer cilantro pepper
-Kambing skewer hitam manis
-Otak otak
-Pari assam nyonya


Bagi stimbot pula, korang diberi pilihan diantara sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk korang nikmati bersama sama aneka makanan laut yang segar-segar. Pilihan yang tersedia tentunya; udang besar, kupang, ketam, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi!.

Pelbagai jenis berbola dan sayur sayuran aneka mee dan juga fucuk turut disediakan sebagai pilihan untuk korang menjamu selera nanti. Terdapat juga pelbagai jenis pilihan sos, yang dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam seperti; sos cili pedas, sos cili thai, sos cili manis, sos cili bawang putih, sos lada hitam, sos yong tau foo dan macam-macam lagi. Menarik tak?

Antara keistimewaan yang lain, pencuci mulut juga turut disajikan seperti 'Breads & butter pudding with vanilla saurce', aneka kek, krim puff mini,'round cake cut', brownies coklat, agar-agar dan juga aneka jenis buah buahan. Pelbagai jenis aiskrim, ABC  juga minuman panas dan sejuk yang disediakan.

Semua menu yang korang tengok kat atas ni, 
korang cuma perlu membayar serendah RM49.90+ (Dewasa) 
& RM24.00+ (Kanak-kanak berusia 5-11 tahun).

Hani belanja korang beberapa keping gambar yang hani sempat ambik.
maafla ye, kalau tak berapa nak okay. internet pun slow nak edit semua ni. sorry. 











Yurmm.. menyelerakan. hehe.













Oh ya, sempat juga hani jumpa sahabat baik masa susah senang ni,
blogger MeeyaTechik :)




Untuk keterangan lanjut;

                    Steamboat-BBQ-Buffet-DKayangan (FB)
                   #dkayangansteamboat (IG)
                              012-2971 091 / 017-507 6274 / 03-55234979 (Untuk sebarang tempahan)


Jom korang, luangkan masa berbuka puasa dekat sini!




Nanti hani update blog lagi, sehingga ketemu kembali ... :D


No comments:

Post a Comment