Saturday, January 16

KELEBIHAN MENGUKIR SENYUMAN

Cik Hani | 22:58 | 2Comments |
ASSALAMMUALAIKUM....


  • Senyum satu sedekah
  • Jangan kedekut ukir senyuman. Ukirlah senyuman dari hati. Senyum adalah perkara yang mudah. Jadi mengapa kita jadikan ianya susah?
  • Senyum membuatkan kita sering kelihatan menarik. Betul!. Tak percaya, cuba senyum sekarang! hehehe... ia membuatkan orang di keliling kita akan lebih selesa ketika bersama kita kerana dengan senyuman mereka lebih mudah untuk berkomunikasi dengan kita.
  • Kita akan lebih kelihatan menarik dengan senyuman daripada kita murung dan bermasam muka. Senyumlah seperti pelangi!
  • Senyuman juga boleh menghilangkan stress, bagi menghilangkan rasa lelah, bosan dan juga sedih.
  • Senyuman kita mampu membuat orang lain gembira. Dengan satu senyuman sudah mampu membuat orang gembira terutamanya keluarga, kawan-kawan dan yang rapat dengan kita. Mereka sentiasa berasa senang bersama kita dan sentiasa bahawa kita tersangat istimewa di hati mereka.. oleh itu ukirlah senyuman !
  • Senyuman menunjukkan kita KUAT! Kadang-kadang kita rasa duka, kecewa dan rasa down sangat nak teruskan hidup, tapi.. kita lupa, senyumanlah yang mampu menutup segala apa yang kita rasa.. dengan itu.. SENYUMLAH sepanjang masa... !!

Sekiaannn ,

SELAMAT MALAM..

Kaki menaip,
CIKHANI




2 comments: