Sunday, August 14

Prepare My Wedding.

Cik Hani | 22:37 | 2Comments |
ASSALAMMUALAIKUM..

Lama sis tak update blog ni.. maafkan hani ye..
lappy rosak.. then, faham-faham jelah..
korang sihat tak? hani always doakan 
semuanya sentiasa berada dalam keadaan sihat.
inshaallah. lama sungguh tak menulis. sampai jari rasa kaku.

Btw, hani ada something nak announce dekat sini..
hehehe.. tu.. cuba tengok tajuk kat atas.
yess, i want get married.

Terima kasih pada kawan-kawan yang support hani.
hani tak sangka akan kahwin seawal ini..
itulah yang dikatakan "RAHSIA ALLAH"..
siapa sangka kan? hani masih terkejut lagi.

Yela, since, banyak sangat yang terjadi tahun ni.
dan hani akui, semuanya mungkin ada salah faham.
banyak juga dugaan yang hani hadapi masa bertunang ni..
yela, orang tu pegawai.. ramai nak..
kite ni kerja cikgu cabukk je..
ishh.. takmau lah fikir hal ni lagi..
yang penting, alhamdulillah...
hubungan kita masih kekal sampai ke hari ini..

Payah buat hani.. bila ingat kembali,
rasa nak menangis.. Allah makbulkan doa hani untuk hidup bersama dengan dia.
memang sujud syukur sangat.. hani fikir, hani takkan dengan dia..
tragiss kan? hehehe..

Sepanjang two month ni, alhamdulillah berjalan lancar..
Allah permudahkan lagi urusan hani dan dia.

*borang nikah 
*ujian hiv + telesemia
*bunga telur dah siap. 
*baju nikah dah ada.
*fitting baju untuk bersanding pun dah. 
*kad jemputan siap print.
*kompang dah tempah
*pelamin
*fotographer pun dah.

Yang lain-lain, hani serahkan pada family untuk uruskan.
tak sangka , plan nak buat simple je,
tapi, yela. kita lupa pula, kita masih ada orang tua.
masih ada adat. mana boleh main redah je. hehe.
barang hantaran, simple je. hehe.

Korang doakan hani dan dia kekal sampai jannah ye?
inilah yang hani tunggu tunggu.
hani nak dia jadi suami hani.
didik hani dengan baik.
jaga hani dengan baik.

Hani sayang dia sangat sangat. :)

Okaylah, sorry entry tak panjang.
belum ada idea lagi. hehe.

Jaga diri baik baik ye semua.
sayangg korang!!

my future husband :)



2 comments:

  1. alhamdulillah..hargai hadiah Allah untuk hani iaitu bakal suami..moga dipermudahkan hingga ke akhirnya ya..amin :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah awak. Semoga dipermudahkan dan berkekalan, Aminnn.. :)

    ReplyDelete