ASSALAMMUALAIKUM..
Buat abang (tunang tersayang) ,
Aku Ingin Menjadi alasan kamu tersenyum,
alasan kamu bangkit di waktu pagi dan bersemangat menjalani hari-harimu.
Aku Ingin Menjadi salah seorang yang kau sebut namanya disetiap doamu,
kerana di setiap doaku ada namamu.
Aku Ingin Menjadi orang yang pertama kamu lihat di waktu pagi
dan yang terakhir di waktu malam.
Aku Ingin Menjadi pendampingmu, menjadi kisah terindah
dalam hidupmu dan bahagia bersamamu.
Aku Ingin Menjadi titik terang dalam kegelapanmu,
jawapan atas segala keraguanmu.
Aku Ingin Menjadi alasan di setiap hari bahagiamu,
ubat penghilang kepenatanmu dan pendoa di saat kau kehilangan arah hidup..
Aku Ingin Menjadi nama yang
tertera di kad undangan perkahwinanmu.
Aku Ingin Menjadi bayangan yang mengiringi langkahmu,
selalu menemani kemana pun kamu pergi.
Aku Ingin Menjadi seseorang yang kamu
perkenalkan dengan penuh rasa bangga
Aku Ingin Menjadi orang yang kamu sayang,
kamu cinta dan kamu tangisi di saat aku pergi meninggalkanmu
Aku Ingin Menjadi insan terbaik yang dipilih Allah untukmu~
Aku Ingin Menjadi orang yang setia mendengarkan semua keluh kesahmu
dan selalu menemanimu di setiap suka dan dukamu
Aku Ingin Menjadi seseorang yang kamu fikirkan
setiap hari dengan tersenyum
Aku Ingin Menjadi sebuah mimpi dalam tidur indahmu
Aku Ingin Menjadi seseorang yang sangat bererti dalam hidupmu
Aku Ingin Menjadi orang yang sentiasa berterima kasih
pada Allah kerana memiliki hatimu
Aku Ingin Menjadi seseorang yang setiap malam kamu
fikirkan sebelum tidur dan seseorang yang kamu rindukan setelah bangun.
Love you Always,
Tunangmu yang tersayang.
Cik Hani.
Jemput jawab 10 soalan dari Meeya Techik :)
ReplyDeletehttp://akutechikmolek.blogspot.my/2015/11/tag-by-leya-yeolly-10-questions.html
amin... jalan2 sni dri blog mastura aziz
ReplyDeletesemoga hubungan akak dengan tunang akak kekal sampai ke-jannah. amin
ReplyDeletebtw kak, nak bagitau, hadiah novel yang giveaway akak buat tu sakinah dah baca dah lepas exam hari tu. best! tq again :)