Sunday, February 15

SAYANG.

Cik Hani | 19:30 | 4Comments |



Perasaan sayang pada seseorang yang terlalu sayang. 
Walau dia takda depan mata, 
tapi kau masih rasa kewujudan sayang yang menebal. 
Sayang seikhlasnya sehingga kau tidak kisah jika cinta kau tak berbalas, 
kau tetap mahu terus menyayangi. 
Sayang yang begitu sayang sehingga kau belajar untuk terima 
hakikat mencintai tak semestinya memiliki semata kerana perasaan sayang itu. 

Sayang yang betul betul sayang sehingga kau benar benar
 rasa kebahagiaan dia tu adalah kebahagiaan kau, 
dan jika bersama orang lain itu kegembiraannya, 
kau akan rasa gembira untuknya. 
Sayang sesayang sayangnya sehingga kau rasakan 
apa yang dia mahu itulah kemahuan kau, 
dan jika dia mahu kau pergi, kau akan pergi tanpa 
sekelumit pun berkurang perasaan sayang.

Kalau kau tak rasa semua tu, kau belum jumpa cinta. 
Bunyi seperti bodoh, tapi itulah cinta.


CIKHANI


4 comments:

  1. Amboi Cik Hani. Minat berpuisi Cik Hani? Boleh buat zine :) Buat dibaca golongan si pencinta bahsa .

    ReplyDelete