Katakanlah kita memiliki segumpal rasa di dalam hati.
Rasa yang selama ini kita simpan sendiri-sendiri.
Rasa yang tidak pernah kita beritahu pada sesiapa pun.
Seandainya rasa dalam hati itu tidak kesampaian.
Patutkah kita terus menyimpannya di dalam hati.
Menyediakan satu ruang yang istimewa untuknya?
Kerana rasa itu suatu masa dahulu begitu bermakna.
Atau, mestikah rasa itu kita bebaskan di langit terbuka.
Mengharapkan ia akan luput dari ingatan dan perasaan.
Seperti tiada apa yang harus kita kenang-kenangkan.
Kita selalu menyesal kerana tidak memberitahu.
Kita selalu tidak jujur dan menafikan hati sendiri.
Kita juga selalu keliru antara suka dan cinta.
Kenapa kita memendam rasa dan berpura-pura tiada apa?
Kenapa kita mudah membuat kesimpulan tanpa bertanya?
Kenapa kita terlalu cepat mengalah sebelum mencuba?
Kalau benar panahan cinta itu cukup menyeksa -
Mengapa manusia rela membiar diri tercedera?
Salam,
ReplyDeleteSaya nak minta tolong review applikasi android ini boleh?
Syarat kena install lepas itu review..
Jika dah buat semua itu tinggalkan link diruang komen nanti saya hubungi anda untuk bagi Gift Voucher Code 12% discount untuk membeli di blogshop kami.
Link ada dibawah ini
New Aplikasi Android Baju Sweet Muslimah
Terima kasih