Waktu sempit
Waktu susah
Waktu tak tertahankan
Cukuplah kiranya waktu itu
Paling paling pun kau sedekah lah
Tak banyak, sikit
Tuhan tak kira pun kuantiti banyaknya kau bagi
Tapi;
Tuhan kira kualitinya hatimu saat memberi
Memang waktu itu paling terpayahkan
Lagi lagi kau kira waktu itu dah tak punya apa
Saat itulah Tuhan mahu lihat sejauhmana hatimu
jika kau berpegang dengan janji Tuhan
Jika tawakal yang menggigit tangkai hatimu kala itu
Kau akan terlupakan apa itu kepayahan
Malah diberi pula rasa apa itu kegembiraan
percayalah —
Percayalah —
Percayalah —
Tuhan itu tidak kedekut sayang
Sekalipun tidak
Malah Dia lah yang paling pemurah
Jika tidak manakan sampai saat ini
Kau masih bernafas bukan?
Semua yang kau beri
Hatta pertolongan sebesar hama pun
Tuhan kira
Semua itu kembalinya pada diri kau jugak nanti
Malah lagi besar nilai bantuan yang datang
tak percaya?
try kau buat.
Esok esok lihatlah hasilnya
Meh sini aku beritahu kuncinya
Bisik.
Kuncinya hanya satu, kawan.
Ikhlas-lah
















No comments:
Post a Comment